#BEBASPLASTIK

Lebih daripada 90% penduduk Negeri Selangor sedar bahawa beg plastik merupakan penyumbang terbesar terhadap pencemaran alam sekitar. Berikutan kejayaan kempen-kempen lepas untuk mengurangkan penggunaan beg plastik pakai-buang dan polistirena, kerajaan Selangor telah memutuskan bahawa semua peruncit tidak akan membekalkan beg plastik secara percuma serta melarang penggunaan polistirena bermula tahun 2017.

Bagi peruncit yang akan memohon atau memperbaharui lesen perniagaan, antara syarat yang ditetapkan adalah larangan penggunaan polistirena dan beg plastik pakai buang. Jika pengguna masih perlukan beg plastik, caj minima akan dikenakan oleh peruncit.

Antara alternatif yang sangat digalakkan untuk menggantikan beg plastik dan polistirena adalah seperti berikut:

Beg plastik guna semula dan kitar semula

Beg membeli belah 
guna semula (bukan plastik)

Bekas makanan mangkuk tingkat

Bekas makanan 
guna semula

Sertai kami untuk keharmonian masyarakat dan alam sekitar. Tandatangani ikrar hari ini!

#BEBASPLASTIKPANDUAN

Kenakan caj beg plastik: Tanggungjawab peruncit

Peniaga harus mengenakan caj sekurang-kurangnya RM0.20 untuk beg plastik sekali guna di Selangor mulai 1 Januari 2017, termasuk penghantaran dan jualan atas talian. Peniaga juga boleh menawarkan khidmat penghantaran tanpa beg plastik – ini akan membantu mengurangkan sisa pembuangan

Senarai Pengecualian:

Senarai penggunaan beg plastik di bawah adalah dikecualikan daripada dikenakan caj:

MAKANAN DAN TUMBUH-TUMBUHAN

  • Makanan yang mentah – Ikan, lembu, ayam, khinzir, kambing dan produk-produk daging
  • Makanan untuk haiwan atau kegunaan manusia – contohnya gula-gula, pallet makanan haiwan atau makanan dalam bekas yang tidak cukup selamat untuk mengelakkan kebocoran semasa pengendalian
  • Biji benih yang tidak dibungkus
  • Bunga
  • Sayuran yang diselaputi tanah (seperti kentang, akar, halia)

PRODUK

  • Ubat-ubatan preskripsi
  • Bahan racun yang bahaya

IKAN HIDUP DAN HIDUPAN AKUATIK

  • Ikan hidup atau makhluk akuatik yang lain.