#BEBASPLASTIK 7 HARI SEMINGGU!

Where The Business World Meets

Tahukah anda, 71% penduduk Selangor mahu mengurangkan penggunaan beg plastik dan polistirena? Sejak 1 Januari 2017, Negeri Selangor telah mengurangkan penggunaan beg plastik dan menghentikan penggunaan polistirena sepanjang minggu! Sertai kempen ini bersama 20,000 penduduk Selangor dengan menandatangani ikrar untuk mengubah cara hidup tanpa beg plastik dan polistirena!

Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan Kempen Bebas Beg Plastik dan Polistirena bermula 1 Januari 2017. Penguatkuasaan ini dilaksanakan setiap hari di semua premis perniagaan di seluruh Negeri Selangor.

Pelaksanaannya adalah seperti berikut:

  • Beg plastik pakai buang (disposable/single use) tidak lagi dibekalkan kepada pengguna secara percuma.
  • Bayaran akan dikenakan bagi setiap beg plastik yang ingin digunakan oleh pengguna.
  • Penggunaan bekas makanan dan peralatan daripada polistirena telah dihentikan.

Selaras dengan pelaksanaan kempen ini, Pihak Berkuasa Tempatan telah menambah syarat-syarat semasa permohonan lesen perniagaan di mana beg plastik tidak lagi dibekalkan secara percuma, manakala penggunaan polistirena adalah dilarang sama sekali. Penguatkuasaan ini adalah tertakluk di bawah Undang- undang Kecil Perniagaan mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing. Bagi tujuan promosi dan pendidikan, peniaga juga telah dibekalkan dengan bahan visual bagi membangkitkan kesedaran orang awam terhadap Kempen #BebasPlastik.

1000 TAHUN.

Tahukan anda, beg plastik mengambil masa 1000 tahun untuk terurai kembali ke alam sekitar? Lebih dasyat lagi, polistirena tidak akan terurai langsung!

Jangan biarkan beg plastik dan polistirena menghantui kita!

12 MINIT.

Anda hanya menggunakan sebuah beg plastik untuk lebih kurang 12 MINIT. Tetapi ia akan kekal sampai bila-bila!

1 Juta Hidupan Laut..

terkorban setiap tahun akibat termakan ataupun tertelan sampah plastik yang dibuang setiap hari.

Bahan Kimia

yang dibebaskan semasa pembuatan dan penggunaan bekas polistirena membahayakan kesihatan dan alam sekitar.

MATLAMAT KITA:

Menjadi sebahagian daripada 20,000 penduduk Selangor yang berikhtiar untuk mengurangkan penggunaan beg plastik serta menghentikan penggunaan bahan-bahan polistirena sepanjang tahun.